42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna.
بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك
بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك
- Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “
- Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “
- Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.” اتق الله حيثما كنت “
- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “
- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.” خالقِ الناس بخلق حسن “
- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.” اتق المحارم تكن أعبد الناس “
- Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “
- Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “
- Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “
- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.” الظّلم ظلمات يوم القيامة “
- Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “
- Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.” اتق النار ولو بشقّ تمرة “
- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.” اتقوا دعوة المظلوم “
- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن
“ - Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.” التأني من الله والعجلة من الشيطان “
- Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.” قلة المال أقلّ للحساب “
- Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.” لا تغضب ولك الجنة “
- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “
- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” أحب البلاد إلى الله مساجدها “
- Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.” أبغض البلاد إلىالله أسواقها
- Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “
- Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “
- Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah : سبحان الله وبحمده
” أحب الناس إلى الله أنفعهم “ - Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “
- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.” من كفّ غضبه ستر الله عورته “
- Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “
- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “
- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “
- Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.” إحفظ لسانك “
- Jagalah lidah kamu.” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “
- Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.” لا تخن من خانك “
- Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “
- Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.” بشروا ولا تنفروا “
- Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.” يسّروا ولا تُعسّروا “
- Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.” كل بيمينك وكل مما يليك “
- Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “
- Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “
- Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “
- Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “
- Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.” إذا أسأت فأحسن “
- Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه ”
- Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar